3 pekerja UEM Sunrise sah ditahan SPRM

sprm-reman-adik-azmin-1KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) berkata pihaknya sedia maklum 3 pekerjanya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Dalam kenyataan hari ini, UEM Sunrise berkata sebagai sebuah syarikat yang mengamalkan sifar toleransi terhadap rasuah, ia akan meneruskan dan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan itu.