Lelaki serah diri dengan mayat kekasih, direman 7 hari

mayat-kekasihPETALING JAYA: Lelaki yang menyerah diri dengan membawa mayat kekasihnya ke Balai Polis Damansara semalam ditahan reman 7 hari bermula hari ini berhubung kes membunuh wanita itu.

Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Siti Mazrah Mohamad membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 37 tahun itu sehingga 12 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

Lelaki itu yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada 11.15 pagi.

Semalam, media melaporkan anggota polis yang bertugas di Balai Polis Damansara terkejut apabila seorang lelaki membawa sendiri mayat teman wanitanya dengan sebuah kereta sebelum menyerah diri.

Sebelum itu, lelaki itu mengakui membunuh teman wanitanya di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

 

Lelaki serah diri dengan mayat teman wanita di balai polis