NGO: Wanita terdedah bahaya kerana sifat ganas ‘kelelakian toksik’

female-guard-being-punched-1PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) memberi amaran wanita sentiasa terdedah kepada bahaya fizikal, jika ibu bapa terus mendidik anak lelaki supaya bersifat “kelelakian toksik” yang akan mendorong mereka bertindak ganas.

Pegawai Komunikasi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Tan Heang Lee, berkata kejadian seorang pengawal keselamatan wanita dibelasah 3 lelaki di sebuah pangsapuri di Pulau Pinang, Khamis lalu, hanya sebahagian kecil daripada masalah besar.

“Insiden itu menunjukkan isu keganasan lebih luas dihadapi wanita dalam pelbagai keadaan, sama ada di tempat kerja atau di luar,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, keganasan itu berpunca daripada seperti itu kekurangan rasa hormat terhadap wanita dan lelaki perlu membuang sifat “kelelakian toksik” yang mendorong mereka berkelakuan ganas.

“Sifat kelelakian toksik adalah idea di mana lelaki perlu gagah, agresif, dominan, tidak beremosi dan sebagainya.

“Contohnya, kita mendidik anak lelaki supaya tidak menangis. Akibatnya, lelaki sering menunjukkan perasaan mereka menerusi kemarahan dan keganasan.”

Katanya, sifat “kelelakian toksik” juga yang mengajar lelaki merendahkan sifat yang dianggap feminin.

“Ia mengajar lelaki merendahkan sifat ‘feminin’ seperti baik hati, empati, lemah lembut, dan dengan itu merendahkan wanita secara keseluruhan.”

Tan berkata, sifat “kelelakian toksik” bukan sahaja membawa kesan buruk kepada wanita, tetapi juga lelaki yang mengamalkannya.

“Ia terbatas. Ia menghalang lelaki daripada menunjukkan perasaan dan menguruskan emosi secara sihat, dan menghalang mereka menjadi individu holistik yang mampu mengambil berat dan menjaga orang lain.”

Ditanya dari mana lelaki belajar menerima sifat “kelelakian toksik” itu, Tan berkata ada banyak faktor memainkan peranan, termasuk bagaimana media menggambarkan lelaki.

“Sifat kelelakian toksik bukan sahaja dikekalkan dengan cara kita membesarkan anak lelaki, tetapi juga menerusi media.”

Dalam kejadian 8.30 malam Khamis lalu, pengawal keselamatan wanita berusia 59 tahun, Helen Chew 3 lelaki selepas beliau melarang kenderaan seorang pelawat memasuki Kondominium Tanjung Court di Bandar Baru Air Itam, kerana tidak mempunyai kad akses.

Chew lebam di muka dan tangannya selepas ditampar, ditendang dan ditumbuk berulang kali.

Sabtu lalu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar dilaporkan berkata kes itu diselesaikan dengan baik, selepas wanita terbabit mengakui “memprovokasi” penyerangnya.

Katanya, pengawal keselamatan itu menarik balik laporan polis dibuatnya dan menerima pampasan RM200 daripada suspek.

Pengarah Tenaganita, Aegile Fernandez bagaimanapun menggesa polis mengambil tindakan ke atas 3 lelaki yang menyerang pengawal keselamatan wanita itu, walaupun mangsa sudah menarik balik laporan polis dibuatnya.

Beliau juga meminta polis menyiasat jika mangsa menarik balik laporan polis itu kerana takut.

3 belasah pengawal wanita selepas kawan dilarang masuk kondo

Bashed-up female guard gets RM200 compensation, issue settled