Polis: 2 beradik diambil ibu kandung, bukan dilarikan dari tadika

dua-beradik-hilang-tadika
Gambar Blogspot.

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden 2 beradik dilapor dilarikan 3 individu dari sebuah tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, berkata siasatan mendapati Raheel Khan Mohd Saleem, 6, dan adiknya Aleya Reyhana, 4, yang dikatakan diculik, sebenarnya diambil ibu kandung mereka.

“Kita meminta ibu kepada 2 kanak-kanak itu tampil bagi menjernihkan keadaan dan merujuk isu kekeluargaan ini kepada pihak berkenaan,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau menggesa orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berkaitan kes itu demi kebaikan kedua-dua kanak-kanak berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan 2 beradik itu dipercayai dilarikan 3 individu, seorang daripadanya wanita, kira-kira 9 pagi dengan alasan ingin membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.

Perkara itu disedari apabila ibu saudara 2 kanak-kanak berkenaan mahu menjemput mereka pulang dari tadika.

2 beradik dilarikan 3 individu dari tadika PJ