Syabas: Bekalan air di Lembah Klang pulih 91.7%

water
Gambar AFP.

KUALA LUMPUR: Bekalan air di beberapa kawasan Lembah Klang hampir pulih, dengan peratusan pemulihan setakat ini berada pada tahap 91.7%, sementara kawasan di Hulu Selangor dan Kuala Langat pulih sepenuhnya.

Berdasarkan kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) setakat 7 pagi tadi, gangguan bekalan air di Klang kini 97.3% pulih, Kuala Lumpur (96.8%), Gombak (91.9%) dan Petaling (74.5%).

“Segala usaha dan tindakan perlu sedang diambil bagi meningkatkan tekanan dan penyelarasan di sistem agihan untuk pemulihan bekalan sepenuhnya ke kawasan masih terjejas dan bantuan bekalan melalui lori tangki air akan terus digerakkan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pelanggan boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15300 (Taip: TankerNama & Alamat).