PMO: Majlis umum calon BN bukan pada 2 April

Gambar AFP

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan laporan akhbar tempatan mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi Barisan Nasional (BN) pada 2 April ini.

Sebaliknya, kenyataan PMO yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook dan Twitter menjelaskan, laporan berkenaan hanyalah spekulasi pihak media.

Laporan akhbar hari ini menyatakan majlis pengumuman calon oleh Najib yang juga merupakan pengerusi BN bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Laporan itu menyatakan majlis itu dihadiri 13 pemimpin kanan parti komponen BN.