Datuk Bandar KL: Bahan kempen hasut, fitnah, akan diturunkan

Gambar Facebook

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menurunkan serta-merta tanpa sebarang kompromi bahan kempen pilihan raya berunsur hasutan yang dipasang di sekitar ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata unsur hasutan seperti poster gambar individu dipangkah akan ditanggalkan segera dan individu yang menaikkan poster boleh dikenakan kompaun.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2018 anjuran Pusat Pakar Pergigian KPJ Kuala Lumpur hari ini.

DBKL juga akan mengadakan rundingan dengan semua wakil parti politik berkenaan peraturan pemasangan bahan kempen di Kuala Lumpur dalam masa terdekat, katanya.