Akan datang: Briged wanita PH berpolitik

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin; isteri pengerusi PH Tun Dr Siti Hasmah Ali; Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Naib Presiden PKR Tian Chua memegang peringatan ikrar pilihan raya untuk wanita.

PETALING JAYA: Briged wanita Pakatan Harapan (PH) sedang bersiap sedia untuk lebih aktif dalam politik, yang akan diberi suara yang lantang dalam kerajaan PH jika gabungan itu berkuasa.

“Ia satu matlamat di mana kami mahu capai sebaik sahaja PH mengambil alih Putrajaya,” kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada sidang akhbar hari ini bersama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Parti komponen PH (PKR, DAP, Amanah, dan PPBM) sedang memuktamadkan jumlah calon wanita yang akan diletakkan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini, kata Zuraida, wakil rakyat 2 penggal di Parlimen Ampang.

Wan Azizah berkata PH akan memberikan sokongan kepada ibu bekerja dan suri rumah yang paling terkesan dengan kos hidup yang semakin meningkat.

“Sebab itulah PH berjanji untuk melaksanakan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah. Kami berjanji untuk menyumbang RM50 bagi setiap suri rumah sebagai tanda penghargaan, sementara itu 2% sumbangan EPF daripada suami suri rumah yang bekerja akan disalurkan kepada mereka,” kata Wan Azizah.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14