PAS cabar PKR di Pulau Pinang

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata parti itu akan menang besar pada PRU14.

BUTTERWORTH: PAS yakin boleh memenangi sebahagian besar daripada 24 kerusi yang bakal ditandingi di Pulau Pinang dan berikrar akan menggantikan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang diketuai pemimpin beretika diragui, dengan pemerintahan “bersih” PAS.

Kecuali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang dan Parlimen Permatang Pauh yang dijangka menyaksikan pertandingan 4 penjuru, parti Islam itu tidak menurunkan tokoh terkenal untuk memenangi kerusi di Pulau Pinang.

Kebanyakan kerusi yang ditandingi PAS adalah menentang PKR, dengan hanya 1 kerusi DUN dipegang DAP.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, parti itu menurunkan anak jati Pulau Pinang yang “bersih” dan berjanji tidak akan melompat parti selepas menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kami memilih calon terbaik dari Pulau Pinang dan bebas rasuah,” katanya kepada kira-kira 800 hadirin di ibu pejabat PAS Pulau Pinang di Kepala Batas, malam tadi.

Lebih 800 orang berkumpul di ibu pejabat PAS di Kepala Batas malam tadi.

Terdahulu, Setiausaha PAS negeri, Iszuree Ibrahim berkata parti itu mendapat sambutan hebat di Pulau Pinang daripada masyarakat Cina yang menunjukkan minat terhadap parti itu.

Beliau berkata, orang Cina di Pulau Pinang kini lebih bijak dan tidak akan mengundi Barisan Nasional (BN) atau DAP kerana kedua-duanya dibelenggu pelbagai isu.

“Seorang wanita Cina yang saya temui berkata mereka (orang Cina) mungkin memilih PAS kerana kita lebih baik daripada parti lain.

“Ini tidak menghairankan kerana BN mempunyai 71 kes rasuah dan Pakatan Harapan pula 24 kes. PAS bersih tanpa sebarang rekod,” katanya.

Fauzi turut mengumumkan senarai calon di Pulau Pinang yang majoritinya memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana.

Daripada 24 kerusi yang ditandingi PAS, 14 menentang PKR, 5 melawan PPBM, 4 menentang Amanah dan 1 melawan DAP.

Calon PAS Pulau Pinang mengangkat sumpah tidak akan keluar parti selepas memenangi kerusi pada PRU14.

Calon PAS di Pulau Pinang seperti berikut:

Parlimen

Kepala Batas – Siti Masturah Mohamad

Tasek Gelugor – Rizal Hafiz Ruslan

Permatang Pauh – Hafnan Hamimi Taib Azamudden

Nibong Tebal – Mohd Helmi Haron

Bayan Baru – Iszuree Ibrahim

Balik Pulau – Muhammad Imran Muhammad Saad

DUN

Penaga – Mohd Yusni Mat Piah

Bertam – Moktar Ramly

Pinang Tunggal – Bukhori Ghazali

Permatang Berangan – Mohd Sobri Saleh

Sungai Dua – Zahadi Mohd

Telok Ayer Tawar – Mohamad Hanif Haron

Seberang Jaya – Mohd Rafaei A Rashid

Penanti – Muhammad Fawwaz Mohamad Jan

Permatang Pasir – Muhammad Fauzi Yusof

Bukit Tengah – Norazman Ishak

Sg Bakap – Osman Jaafar

Sg Acheh – Nor Zamri Latiff

Sg Pinang – Yacoob Omar

Pantai Jerejak – Mohd Farhan Yusri

Batu Maung – Saiful Lizan Md Yusoff

Bayan Lepas – Zarina Shinta Madar

Pulau Betong – Mohd Taufik Hashim

Teluk Bahang – Mohd Ali Othman

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14