Azmin: Usah spekulasi mengenai Tian Chua

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai Tian Chua, selepas beliau mengumumkan akan terus bersama parti itu.

Katanya, beliau juga tidak tahu apa-apa mengenai spekulasi peletakan jawatan Tian Chua.

Ketika menghadiri sebuah acara PKR di Permatang Pauh, hari ini, beliau turut menolak dakwaan berlaku pertikaian berhubung pemilihan calon di Selangor.

The Star hari ini melaporkan sehingga 8 nama yang dikemukakan Azmin digugurkan atau ditolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Azmin berkata, proses pemilihan calon PKR “amat telus”, di mana jawatankuasa pemilihan terdiri daripada pemimpin parti, pengarah pilihan raya, ketua Pemuda dan Wanita.

“Saya tiada sebarang senarai. Ia adalah senarai parti,” katanya.

“Kami akan mengumumkan senarai penuh calon dalam tempoh kurang 48 jam.”

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Saya kekal bersama PKR, kata Tian Chua