Ronnie Liu kembali bertanding, 6 muka baru dicalonkan

Lim Guan Eng (baju putih) bergambar bersama calon DAP yang akan bertanding di 16 kerusi DUN dan 4 kerusi Parlimen di Selangor.

KUALA LUMPUR: Bekas exco Selangor, Ronnie Liu kembali dicalonkan DAP untuk pilihan raya umum akan datang, dengan 6 muka baru bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Liu dicalonkan untuk kerusi DUN Sungai Pelek. Beliau merupakan bekas exco kerajaan Selangor selepas memenangi kerusi DUN Pandamaran pada 2008. Beliau tidak bertanding pada 2013.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan senarai calon parti itu hari ini, dengan 4 calon akan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada 2013, manakala 7 lagi penyandang dalam misi mengekalkan kerusi DUN masing-masing.

Senarai calon baru bagi kerusi DUN:

  • Brian Lai – Teratai
  • Edry Faizal Yusof – Dusun Tua
  • Michelle Ng – Subang Jaya
  • Lim Yi Wei – Kampung Tunku
  • Jamaliah Jamaluddin – Bandar Utama
  • Tony Leong – Pandamaran

Lim berkata, parti itu akan bertanding di 16 kerusi DUN seperti pilihan raya umum lalu. Hari penamaan calon ditetapkan pada 28 April ini dan mengundi pada 9 Mei.

Senarai calon yang bertanding semula

Kerusi Parlimen

  • Ong Kian Ming – Bangi (sebelum ini Serdang)
  • Gobind Singh Deo – Puchong
  • Tony Pua – Damansara (sebelum ini Petaling Jaya Utara)
  • Charles Santiago – Klang

Kerusi DUN

  • Ng Suee Lim – Sekinchan
  • Lee Kee Hiong – Kuala Kubu Baru
  • Eddie Ng – Balakong
  • Ean Yong Hian Wah – Seri Kembangan
  • Ng Sze Han – Kinrara
  • Rajiv Rishyakaran – Bukit Gasing
  • Teng Chang Khim – Sungai Pinang
  • V Ganabathirao – Sri Muda (penyandang DUN Kota Kemuning)
  • Lau Weng San – Telok Dato (penyandang DUN Banting)

Lim mengingatkan ahli dan penyokong yang parti itu akan bertanding menggunakan logo PKR.

“Ia bukan keputusan mudah.

“Merehatkan roket untuk pilihan raya ini tidak bermakna kita tidak lagi menyintainya, tetapi kerana kita lebih menyintai Malaysia.”

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14