Polis edar lakaran 2 wajah suspek tembak Fadi

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lakaran wajah itu dihasilkan berdasarkan keterangan saksi pada hari kejadian.

KUALA LUMPUR: Polis mengedarkan lakaran wajah 2 suspek disyaki menembak mati Dr Fadi Mohammed Al-Batash, imam dan pensyarah dari Palestin, di semua pintu masuk dan keluar negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lakaran wajah itu dihasilkan berdasarkan keterangan saksi pada hari kejadian.

“Berdasarkan lakaran imej, seorang suspek berkulit cerah dipercayai dari negara Timur Tengah atau Eropah.

Kedua-dua suspek berjambang, mempunyai ketinggian kira-kira 180cm serta berbadan tegap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara hari ini.

Kes pensyarah Palestin: Polis nafi lewat tiba selepas 43 panggilan

Isteri pensyarah Palestin trauma, 3 anak dijaga jiran, kata MyCare