BN Perak ganti Ka Chuan dengan calon muda

PETALING JAYA: Penyandang Parlimen Tanjung Malim Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak akan mempertahankan kerusinya apabila Barisan Nasional (BN) Perak mematuhi seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahukan calon-calon muda pada pilihan raya akan datang.

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri II akan digantikan dengan Ketua MCA Perak Datuk Mah Hang Soon.

Turut digugurkan daripada senarai calon ialah penyandang Parlimen Parit Zaim Abu Hasan, penyandang DUN Trong, Zabri Abd Wahid dan penyandang Kampung Gajah Abdullah Fauzi Ahmad Razali.

BN menampilkan barisan muka-muka baru termasuk Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang yang akan bertanding di Parlimen Taiping.

Menteri Besar Datuk Seri Zambry Kadir akan bertanding di Parlimen Lumut dan DUN Pangkor, sementara jaguh Umno, Pemangku Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Nazri Aziz akan mempertahankan Bagan Datuk dan Padang Rengas.

Berikut senarai calon BN Perak bagi kerusi Parlimen:

Gerik – Hasbullah Osman (Umno)

Lenggong – Shamsul Anuar Nasarah (Umno)

Larut – Hamzah Zainudin (Umno)

Parit Buntar – Abdul Puhat Mat Nayan (Umno)

Bagan Serai – Noor Azmi Ghazali (Umno)

Bukit Gantang – Syed Abu Hussin Hafiz Syed (Umno)

Taiping – Tan Keng Liang (Gerakan)

Padang Rengas – Nazri Aziz (Umno)

Sungai Siput – SK Devamany (MIC)

Tambun – Ahmad Huzni Hanadzlah (Umno)

Ipoh Timor – Kathleen Wong Mei Yin (MCA)

Ipoh Barat – Cheng Wei Yee (MCA)

Batu Gajah – Leong Chee Wai (MCA)

Kuala Kangsar – Mastura Yazid (Umno)

Beruas – Phang Chok King (Gerakan)

Parit – Nizar Zakaria (Umno)

Kampar – Lee Chee Leong (MCA)

Gopeng – Heng Seai Kie (MCA)

Tapah – M Saravanan (MIC)

Pasir Salak – Tajuddin Abdul Rahman (Umno)

Lumut – Zambry Kadir (Umno)

Bagan Datuk – Ahmad Zahid Hamidi (Umno)

Teluk Intan – Mah Siew Keong (Gerakan)

Tanjong Malim – Mah Hang Soon (MCA)

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14