Maria tanding PJ, Wan Azizah ke Pandan, Azmin kekal

KUALA SELANGOR: PKR malam tadi mengumumkan bekas pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah akan bertanding di Petaling Jaya.

Percaturan PKR juga menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Parlimen Pandan dan Datuk Seri Azmin Ali dikekalkan di Parlimen Gombak.

Pandan sekarang ini disandang Rafizi Ramli, yang tidak dapat bertanding pada pilihan raya akan datang kerana kes mahkamah.

Azmin menyandang Gombak sejak 2 penggal lalu.

Sementara itu, Zuraida Kamarudin akan mempertahankan Ampang, Wong Chen mempertahankan Subang (dulu Kelana Jaya), Sivarasa Rasiah mempertahankan Sungai Buloh (dulu Subang) dan William Leong mempertahankan Selayang.

Penyandang Kapar, G Manivannan digugurkan dan diganti Abdullah Sani, Leow Hsiad Hui diletakkan di Hulu Selangor dan Dr Xavier Jayakumar digerakkan ke Hulu Langat.

PKR turut mengugurkan Yaakob Sapari di DUN Kota Anggerik digantikan dengan Shaharuddin Badarudin.

Berikut adalah secarai penuh calon PKR Selangor:

Parlimen

P094 Hulu Selangor: Leow Hsiad Hui

P097 Selayang: William Leong

P098 Gombak: Mohamed Azmin Ali

P099 Ampang: Zuraidah Kamaruddin

P100 Pandan: Dr Wan Azizah

P104 Subang: Wong Chen

P105 Petaling Jaya: Maria Chin Abdullah

P107 Sungai Buloh: Sivarasa Rasiah

P109 Kapar: Abdullah Sani

P112 Kuala Langat: Dr Xavier Jayakumar

DUN:

N03 Sungai Panjang: Mohd Fauzi Ahmad

N09 Permatang: Rozana Zainal Abidin

N10 Bukit Melawati: Sivamalar A/P Ganapathy

N11 Ijok: Dr Idris Ahmad

N14 Rawang: Chua Wei Kiat

N16 Sungai Tua: Amiruddin Shaari

N17 Gombak Setia: Hilman Idham

N19 Bukit Antarabangsa: Mohamed Azmin Ali

N20 Lembah Jaya: Haniza Talha

N25 Kajang: Hee Loy Sian

N32 Seri Setia: Najwan Halimi

N33 Taman Medan: Syamsul Firdaus Mohamed Supri

N37 Bukit Lanjan: Elizabeth Wong Keat Peng

N38 Paya Jaras: Mohd Khairuddin Othman

N39 Kota Damansara: Shatiri Mansor

N40 Kota Anggerik: Prof Shaharuddin Badarudin

N41 Batu Tiga Rodziah Ismail

N43 Sementa: Dr Daroyah Alwi

N46 Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri

N48 Sentosa: Dr Gunaraj George

N49 Sungai Kandis: Shuhaimi Shafiee

N54 Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14