FGV nafi jual ekuiti kepada syarikat asing

 

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad menafikan laporan sebuah portal berita tempatan syarikat berkenaan merancang menjual kepentingan ekuitinya kepada syarikat asing.

“Artikel berkenaan tidak benar dan sebarang dakwaan yang dibuat oleh individu yang dipetik adalah tidak berdasarkan fakta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan itu yang memetik seorang aktivis mendakwa FGV merancang menjual sahamnya kepada syarikat asing, dengan kerajaan bertindak sebagai pengantara.

Artikel itu juga mendakwa 3 syarikat asing berminat membeli ekuiti FGV.

 

Aktivis dakwa FGV rancang jual saham kepada syarikat asing