Ka Chuan pujuk penyokong selepas tersingkir

Setiausaha Agung MCA Ong Ka Chuan akan cuba pujuk penyokongnya agar bertenang dan menyokong BN pada PRU14.

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata beliau akan cuba memujuk kumpulan penyokongnya agar bertenang dan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekalipun namanya digugurkan daripada mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Malim.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ong berkata beliau kesal dengan perhimpunan yang diadakan oleh kira-kira 500 pengundi Tanjung Malim yang bertujuan menggesa pucuk pimpinan BN menimbang semula pengguguran beliau.

“Saya sudahpun menyatakan saya terima keputusan yang saya tidak akan bertanding pada PRU14. Bagaimanapun tindakan sekumpulan penyokong datang ke Putrajaya untuk menunjukkan rasa kecewa mereka adalah di luar kawalan saya.

“Saya akan cuba pujuk mereka agar bertenang dan menyokong BN pada PRU14 selain saya perlu tekankan ini bukan satu olah gerak politik,” katanya.

BN Perak ganti Ka Chuan dengan calon muda