Najib: DAP perkudakan Dr M

Najib dalam catatan Twitter berkata, beliau perhatikan Dr Mahathir sebenarnya diperkudakan saja oleh DAP untuk pecah belah undi Melayu.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya “diperkudakan” oleh DAP untuk memecah belah undi Melayu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata tindakan yang dilakukan menampakkan seolah-olah DAP baik terhadap masyarakat Melayu.

“Saya perhati Dr Mahathir sebenarnya diperkudakan saja oleh DAP untuk pecah belah undi Melayu, seolah-olah DAP baik kepada orang Melayu.

“Hakikatnya, mana ada? DAP ini baik ke kepada Melayu, kepada Islam? Dr Mahathir sendiri cakap DAP anti Melayu dan anti Islam #CakapTakSerupaBikin, ” katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter hari ini.