Grab tawar diskaun sempena PRU14

Grab menawarkan diskaun ke atau dari mana-mana pusat mengundi seluruh negara pada 9 Mei ini sempena PRU14. (Gambar AFP)

KUALA LUMPUR: Grab, peneraju platform e-hailing dan fintech terkemuka Malaysia dan Asia Tenggara, menawarkan diskaun ke atau dari mana-mana pusat mengundi di seluruh negara pada 9 Mei ini sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Diskaun berkenaan sah untuk semua pusat mengundi di 25 bandar seluruh negara yang Grab kini beroperasi, dan juga 2 kawasan baru, Lahad Datu dan Sarikei, yang akan mula mendapat perkhidmatannya pada 2 Mei.

“Kunjungi katalog GrabRewards dan hanya 250 mata, tebus RM5 diskaun untuk satu perjalanan, sah untuk mana-mana kaedah pembayaran pada 9 Mei 2018 sahaja,” kata Ketua Grab Malaysia, Sean Goh, dalam satu kenyataan hari ini.

“Antara perkara paling penting bagi kami di Grab adalah suara Grabbers kami. Maklum balas dan pendapat mereka penting kepada kami dan kami berusaha keras membuat semua orang rasa dihargai dan yakin suara mereka penting dalam membentuk sebuah syarikat yang boleh kami bangga untuk menjadi sebahagian daripadanya.

“Oleh itu, kami juga perlu mengingatkan rakyat Malaysia, suara dan undi mereka penting dalam menentukan Malaysia, negara yang kita diami,” katanya dalam kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai “Election Day GrabRewards” dan kod promo boleh didapati di https://www.grab.com/my/blog/my-nation-my-destination/.