Husam lawan Takiyuddin di KB, PH calonkan Orang Asli di Kelantan

Husam Musa (berbaju ungu) turut dipilih untuk mempertahankan DUN Salor yang dimenanginya sejak 2008.

KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) Kelantan mengumumkan Datuk Husam Musa akan mencabar bekas sahabat lamanya dari PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di Parlimen Kota Bharu.

Di Kubang Kerian, PH mempertaruhkan pakar perubatan, Datuk Dr Abdul Halim Yusof untuk berdepan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor pula akan berdepan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhamad Zawawi Nik Salleh dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mewakili BN, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Pasir Puteh.

Selain 6 calon berlatar belakangkan doktor perubatan, 5 pemegang doktor falsafah (PhD) dan 3 peguam, PH turut meletakkan Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan di salah satu kubu PAS, DUN Panchor untuk mencabar Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Bagi DUN Kota Lama, seperti dijangkakan Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rahid Rahman yang mempunyai pengalaman 29 tahun berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya akan mewakili PH, manakala gabungan pembangkang itu mencalonkan Orang Asli, Nasir Dollah di DUN Galas.

Dua adik bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, A Yahya Othman turut dipilih sebagai calon PH. Sanusi Othman dicalonkan di DUN Bunut Payong dan Kadir Othman di DUN Kemuning.

Sebanyak 80% calon PH Kelantan adalah muka baru pada pilihan raya umum ke-14.

Sementara itu, Husam yang juga pengerusi PH Kelantan menyifatkan calon PH di negeri itu berwawasan.

“Kita mempunyai calon daripada kalangan doktor perubatan seramai 6 orang. Doktor paling ramai sekali kerana negara kita sedang sakit. Sakit dari segi ekonomi, kewangan, politik. Kelantan pun sakit, kita memerlukan doktor,” katanya ketika mengumumkan calon PH di Kota Bharu, malam tadi.

Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah dalam ucapannya berkata, PH akan terus membuat kejutan sebelum hari mengundi.

“Kejutan pertama kita akan buat pada hari penamaan calon dan seterusnya pada malam selepas penamaan calon.”

Berikut senarai calon PH Kelantan:

Kerusi Parlimen

Tumpat: Datuk Nordin Salleh (PPBM)
Pengkalan Chepa: Mohamad Ibrahim (PKR)
Kota Bharu: Datuk Husam Musa (Amanah)
Pasir Mas: Che Ujang Che Daud (PKR)
Rantau Panjang: Wan Shah Jihan Wan Din (Amanah)
Kubang Kerian: Datuk Dr Abdul Halim Yusof (Amanah)
Bachok: Zulkifli Zakaria (PPBM)
Ketereh: Mohd Radzi Mohd Jidin (PPBM)
Tanah Merah: Muhamad Fauzi Zakaria (PKR)
Pasir Puteh: Datuk Kamarudin Md Nor (PPBM)
Machang: Datuk Sazmi Miah (PPBM)
Jeli: Azran Deraman (PPBM)
Kuala Krai: Mohd Yazid Abdullah (Amanah)
Gua Musang: Mohd Nor Hussin (PPBM)

Kerusi DUN

Pengkalan Kubor: Datuk Wan Rosdi Mat Rasik (PKR)
Kelaboran: Nik Faizah Nik Othman (Amanah)
Pasir Pekan: Wan Johari Wan Omar (PPBM)
Wakaf Bharu: Mohd Khir Zahri (Amanah)
Kijang: Nasruddin Abdullah (PPBM)
Chempaka: Mohammad Omar (Amanah)
Panchor: Zulhazmi Hassan (Amanah)
Tanjong Mas: Dr Hafidzah Mustakim (Amanah)
Kota Lama: Tan Sri Abdul Rashid Rahman (PPBM)
Bunut Payong: Sanusi Othman (Amanah)
Tendong: Dr Wan Zulkhairi Wan Mad Zin (PPBM)
Pengkalan Pasir: Dr Sharani Mohd Naim (Amanah)
Meranti: Mohd Romizu Mohd Ali (Amanah)
Chetok: Ali Abdu Rahman Hasan (Amanah)
Gual Periok: Mohd Ridzuan Muhamad (Amanah)
Apam Putra: Mohd Hisyamuddin Ghazali (Amanah)
Salor: Husam Musa (Amanah)
Pasir Tumboh: Mohd Noor Mat Yajid (Amanah)
Demit: Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah (Amanah)
Tawang: Mohammad Azihan Che Seman (PKR)
Pantai Irama: Datuk Ismail Ghani (Amanah)
Jelawat: Mohd Fami Zakaria (PPBM)
Melor: Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
Kadok: Che Ibrahim Mohamad (Amanah)
Kok Lanas: Dr Mohd Hanafi Ismail (Amanah)
Bukit Panau: Hisham Fauzi (Amanah)
Gual Ipoh: Datuk Mohd Soba Hussin (Amanah)
Kemahang: Bahari Mohamad Nor (PPBM)
Selising: Ismail Mohamad (PKR)
Limbongan: Zarir Yaakob (Amanah)
Semerak: Wan Marzudi Wan Omar (PPBM)
Gaal: Ab Rahman Yaacob (Amanah)
Pulai Chondong: Ab Halim @ Kamaruddin Ab Kadir (PPBM)
Temangan: Mohd Ridzuan Alias (PKR)
Kemuning: Kadir Othman (Amanah)
Bukit Bunga: Asran Alias (PPBM)
Air Lanas: Dr Aminuddin Yaacob (PPBM)
Kuala Balah: Dr Mohd Hafidz Rizal Amran (PKR)
Mengkebang: Wan Mohammad Azran Ahmad (Amanah)
Guchil: Mohd Roslan Puteh (PKR)
Manek Urai: Mohamed Dahan Mat Jali (PPBM)
Dabong: Wan Ahmad Fadzil Wan Omar (PPBM)
Nenggiri: Othman Yusoff (PKR)
Paloh: Noraini Husain (PKR)
Galas: Nasir Dollah (PPBM)

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14