Naib pengerusi MCA Perlis letak jawatan selepas digugurkan BN

Khaw Hock Kong tidak dipilih BN untuk mempertahankan DUN Titi Tinggi.

KANGAR: Naib Pengerusi MCA Perlis, Khaw Hock Kong melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dipegangnya berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis itu menyatakan demikian dalam satu kiriman WhatsApp yang dihantar kepada wartawan pada Khamis.

Adun Titi Tinggi itu tidak disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-14 semasa pengumuman Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan 2020, petang Khamis.

Seorang lagi Naib Pengerusi MCA Perlis, Teh Chai Ann menggantikan Khaw.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14