Calon PH tiada pas, Mohamad Hasan akan menang mudah?

REMBAU: Pakatan Harapan Negeri Sembilan tergamam apabila calon bagi DUN Rantau Dr Streram Sinnasamy gagal mempamerkan pas calon yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyebabkan beliau tidak boleh memasuki pusat penamaan calon.

Beliau dicalonkan untuk menentang Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. Pemimpin utama Umno itu akan diisytiharkan menang tanpa bertanding jika calon PH gagal menyerahkan borang pencalonan sebelum masa penamaan calon diisytiharkan tutup.

PAS tidak menamakan calon untuk DUN Rantau.