Hanya PH, BN lawan Hadi Awang di Marang

MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Marang, kerusi “selamat” yang ditandinginya sejak 1990.

Penamaan Hadi sebagai calon PAS disambut dengan laungan takbir para penyokongnya, dan beliau akan berdepan calon PH, Zarawi Sulong dan calon BN, Mohamad Nor Endot.

Di peringkat DUN pula, calon PAS Prof Ahmad Samsuri Mokhtar akan ditentang Datuk Nik Dir Nik Wan Ku dan Zarawi Sulong di Rhu Rendang; Sulaiman Sulong (PAS), A Latiff Awang (BN) dan Aidi Ahmad (PH) di Pengkalan Berangan; Mohd Nor Hamzah (PAS), Zaitun Mat Amin (BN) dan Mohd Dalizan Abd Aziz (PH) di Bukit Payung; dan Ariffin Deraman (PAS), Datuk Saiful Bahri Datuk Baharuddin (BN) dan Ahmad Sabri [email protected] (PH) di Alur Limbat.

Mengikut daftar pemilih suku tahun keempat 2017 yang diwartakan pada 10 April, jumlah pengundi adalah 14,940,624, dengan jumlah pengundi lelaki 7,383,437 (49.42%) dan pengundi perempuan 7,557, 187 (50.58%).