Mana ‘Pelan B’, pengundi tanya Tian Chua

Teh Choon Huat amat kecewa Pakatan Harapan tidak bertanding di Batu.

Seorang pengundi Batu yang sangat kecewa membidas calon PKR Tian Chua kerana tidak menyediakan “Pelan B” sekiranya tidak dapat bertanding.

“Dia patut bawa orang lain yang boleh bertanding. Pakatan Harapan sangat-sangat boleh menang di kerusi itu,” kata Teh Choon Huat, 64.

“Kamu boleh letak sesiapa sahaja di situ, seorang pesara macam saya atau anjing bertanding bawah bendera PKR dan masih boleh menang.”

Pesara dari Taiping itu berkata dia tidak lagi mahu mengundi.

Klik sini untuk berita lanjut