Najib ditentang calon PH, PAS dan Bebas

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempertahankan Parlimen Pekan bagi penggal ke-10 ditentang calon Pakatan Harapan Mohamad Zahid Mat Arip, calon PAS Kapten (B) Ahiatudin Daud dan calon Bebas Datuk Kadir Sainudin.

Zahid adalah ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM juga merupakan cucu bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, Ahiatudin ialah naib yang dipertua PAS Pekan sementara Kadir seorang kontraktor dari Johor.

Najib mengemukakan borang pencalonan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah pada 9.00 pagi bagi mempertahankan Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976.