Raja Kamarul berentap 3 penjuru di Kuala Terengganu

Raja Kamarul (kanan) akan mempertahankan Kuala Terengganu dari Wan Nawawi (tengah) dan Ahmad Amzad.

KUALA TERENGGANU: Calon Pakatan Harapan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad akan berentap dalam pertandingan 3 penjuru berdepan PAS dan Barisan Nasional selepas nama calon bertanding diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Raja Kamarul akan mempertahankan Parlimen Kuala Terengganu daripada calon PAS, Ahmad Amzad Mohamed dan calon BN, Wan Nawawi Wan Ismail.

Di peringkat DUN pula, anak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil, akan berdepan Raja Kamarul dan Zamri Awang (BN) di Batu Burok; Salleh Othman (BN), Wan Shukairi Wan Abdullah (PAS) dan Zubir Mohamed (PH) di Wakaf Mempelam; Toh Seng Cheng (BN), Ahmad Shah Muhamed (PAS) dan Azan Ismail (PH) di Bandar; dan Datuk Mohd Sabri Alwi (BN), Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan Datuk Zulkifli Mohamad (PH) di Ladang.

Mengikut daftar pemilih suku tahun keempat 2017 yang diwartakan pada 10 April, jumlah pengundi adalah 14,940,624, dengan jumlah pengundi lelaki 7,383,437 (49.42 peratus) dan pengundi perempuan 7,557, 187 (50.58 peratus).