Warna-warna penamaan calon

Walaupun bersengketa dan saling saling kata-mengata, calon PAS, Ibrahim Ismail, dan DAP, Teh Kok Lim di Parlimen Taiping sempat berpelukan semasa menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

PETALING JAYA: PRU14 yang dinanti-nantikan banyak pihak telah tiba hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di 222 pusat penamaan di seluruh negara.

Walaupun bahang pilihan raya boleh dirasai di mana-mana, dengan bendera dan sepanduk parti mula dipasang lama sebelum tarikh rasmi berkempen bermula hari ini.

Namun di celah-celah kehangatan itu masih terdapat aksi dan insiden lucu dan manis yang memeriahkan suasana, dan membuktikan rakyat Malaysia masih berupaya melalui semua persaingan itu dengan sikap positif, rasional dan manusiawi.

Berikut antara aksi yang dirakamkan wartawan kami di lapangan:

Tun Dr Hasmah Mohd Ali, isteri bekas perdana menteri dan calon PH bagi Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, memasukkan sumbangan ke dalam peti derma yang disediakan di Ibu Pejabat Polis Langkawi. Beliau berhenti rehat di situ dalam perjalanan ke pusat penamaan calon.

 

Laungan reformasi, kapal layar Equanimity dan Jho Low menyambut calon-calon PH di Parlimen Damansara. Lebih 500 penyokong mengiringi Tony Pua ke pusat penamaan sambil menyanyikan lagu Negaraku dan laungan “tangkap Jho Low”.