Jamal: Konsert, hadiah tak guna duit BN

Jamal berkata konsert dan hadiah ditaja oleh para peniaga di Sungai Besar.

SUNGAI BESAR: Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan tuduhan pihak tertentu kononnya konsert mini yang dilakukannya menggunakan duit Barisan Nasional (BN).

Jamal berkata, konsert dan hadiah yang ditawarkan itu ditaja penaja yang enggan identiti didedahkan, cuma berkata penaja terdri daripada para peniaga di Sungai Besar.

“Konsert ini tidak melibatkan calon atau program calon, ia bukan duit kerajaan atau duit saya sendiri. Namun “sound system” ini memang saya punya sendiri kerana ini memang perniagaan saya.

“Calon-calon BN Sungai Besar ini dijemput penganjur, bukannya saya, kerana calon-calon ini juga mempunyai program lain. Apa yang berlaku di konsert juga calon tidak tahu,” katanya ketika ditemui di Sungai Panjang.

Setakat ini 3 daripada 4 konsert yang dirancang sudah berjaya dilaksanakan, dengan tawaran pelbagai hadiah lumayan.

“Konsert keempat yang merupakan konsert terakhir akan diadakan sebelum hari mengundi dan hadiah utama adalah sebuah kereta Mercedez Benz C200,” katanya.