Bersih seru rakyat segera ke pusat mengundi

PETALING JAYA: Kumpulan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 menyeru semua rakyat yang belum membuang undi untuk segera ke pusat mengundi sebelum 5.00 petang dan untuk tidak bereda selagi tidak mengundi.

Bersih juga menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memanjangkan masa membuang undi agar mereka yang sudah memasuki pusat mengundi pada 5.00 petang masih dibenar mengundi.

“Bersih mendapat banyak laporan dari tentang kesesakan yang berlaku di tempat mengundi. Bersih menuntut SPR memanjangkan masa membuang undi supaya setiap pengundi yang sudah memasuki pusat mengundi pada jam 5.00 petang dibenarkan mengundi sampai kesemuanya dapat mengundi.”

Tambahnya, menurut Seksyen 4(d) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, ia satu kesalahan bagi mana-mana pegawai SPR menafikan hak mengundi bagi mana-mana pengundi yang berhak mengundi.

“Kami menyeru semua rakyat untuk berada di pusat mengundi untuk memberi sokongan kepada mereka yang sedang beratur tetapi belum mengundi.”