Najib tidak muncul di ibu pejabat Umno

Gambar Facebook

KUALA LUMPUR: Pelbagai persoalan timbul di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak masih tidak muncul, ditambah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pakatan itu menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) yang dikatakan paling sengit dalam negara.

Pemberita tempatan dan luar negara dibiarkan tertunggu-tunggu dalam satu sidang akhbar yang sepatutnya diadakan oleh Najib bagi membincangkan keputusan PRU.

Najib adalah presiden Umno dan juga perdana menteri sementara yang memimpin kerajaan persekutuan bawah BN.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri, dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilihat memasuki bangunan itu dan terus meluru ke arah pejabat pari di Menara Dato Onn. Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dilihat meninggalkan PWTC sebelum itu.

Awal malam ini, Dr Mahathir berkata PH mencapai kerusi majoriti di Dewan Rakyat, dan juga memenangi 6 kerajaan negeri.

Beliau mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan menandatangani keputusan rasmi pilihan raya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah bagaimanapun menafikan pihaknya segaja menangguh keputusan itu, dan menggesa rakyat Malaysia bersabar menunggu pengumuman rasmi.

Dr M dakwa SPR sengaja lambat keluarkan keputusan rasmi