Laporan audit 1MDB dibuka, ringkasan di laman Jabatan Audit Negara

PETALING JAYA: Status rahsia laporan pengauditan 1MDB sudah digugurkan dan orang ramai boleh mendapatkan ringkasan eksekutif laporan itu di laman Jabatan Audit Negara.

Laporan ini digunakan sebagai rujukan dalam siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) terhadap 1MDB.

“Laporan pengauditan 1MDB tersebut telah dikelaskan semula sebagai dokumen terbuka dan ringkasan eksekutif mengenainya boleh didapati di portal Jabatan Audit Negara,” kata Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad dalam kenyataan malam tadi.

Laporan ini dikelaskan sebagai rahsia pada 22 Januari 2016 dan dibentangkan kepada PAC pada 4 Mac tahun yang sama.

PAC kemudian membentangkan Laporan Pengurusan Kawalan Urus Tadbir Syarikat 1MDB di Dewan Rakyat pada 7 April 2016 dan mengesyorkan agensi penguatkuasa undang-undang mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan 1MDB.

Laporan audit ini bagaimanapun tidak dibentangkan bersama laporan PAC di Dewan Rakyat.

Gugur status rahsia laporan 1MDB dipuji, peguam mahu kes dibuka semula

Dr M arah status rahsia laporan 1MDB digugurkan