Hutang, liabiliti negara berjumlah RM1,087.3 bilion

Lim Guan Eng mendedahkan hutang dan liabiliti ditanggung kerajaan persekutuan setakat 31 Disember 2017 ialah 80.3% daripada KDNK.

PETALING JAYA: Menteri Kewangan yang baru, Lim Guan Eng mengumumkan liabiliti ditanggung kerajaan persekutuan setakat 31 Disember 2017.

  • RM686.8 bilion – hutang rasmi kerajaan persekutuan (50.8% daripada keluaran dalam negara kasar);
  • RM199.1 bilion – komitmen kerajaan persekutuan untuk membayar jaminan kerajaan (14.6% daripada KDNK);

Jumlah ini untuk pelbagai entiti yang tidak mampu membayar hutang mereka, seperti:

  • Danainfra Nasional Bhd (RM42.2 bilion);
  • 1MDB (kira-kira RM38 bilion);
  • Prasarana Malaysia Bhd (RM26.6 bilion);
  • Malaysia Rail-Link Sdn Bhd (RM14.5 bilion); dan
  • Govco Holdings Bhd (RM8.8 bilion);

Semuanya menjadikan jumlah liabiliti RM885.9 bilion, mewakili 65.4% daripada KDNK seperti diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

  • RM201.4 bilion (14.9% daripada KDNK) dalam pembayaran pajak untuk projek perkongsian awam-swasta. Bayaran pajak termasuk kos sewa, penyelenggaraan dan caj lain bagi projek seperti sekolah, asrama, jalan raya, balai polis dan hospital.

“Komitmen pajak ini direka untuk mengelakkan had kerajaan persekutuan terhadap jaminan dan hutang,” kata Lim.

JUMLAH HUTANG DAN LIABILITI – RM1,087.3 bilion atau 80.3% daripada KDNK setakat 31 Disember 2017.

“Rakyat Masangat bimbang dengan keadaan hutang kita, seperti yang kita lakukan ketika menjadi pembangkang.

“Bagaimanapun, saya tekankan kewajipan dan komitmen kewangan kerajaan persekutuan tidak berubah sebelum 9 Mei dan hari ini, selepas pilihan raya. Satu-satunya perubahan adalah kerajaan persekutuan baharu yang akan berterus-terang.

“Kerajaan baru ini meletakkan kepentingan orang ramai terlebih dahulu, dan perlu menghadapi realiti pahit sekarang, bekerja keras menyelesaikan masalah kita, bukannya membiarkan ia meletup kemudian.”

Hutang negara 65% dari KDNK negara, kata Dr M