Siti Nurhaliza cantik lain macam selepas bergelar ibu

Netizen akur, sejak melahirkan anak sulungnya, penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza kelihatan lebih ramping, cantik dan muda.

Perkongsian gambar di laman sosial, khususnya Instagramnya, @ctdk, ibu kepada Siti Aafiyah ini membuktikan beliau kelihatan kurus, awet muda dan menawan, sekaligus menjadi pujian netizen dan peminatnya.

Ramai yang bertanyakan rahsia di sebalik penurunan berat badan mendadak di samping perubahan wajahnya yang kelihatan jauh lebih muda dari usia sebenar beliau, 39 tahun.

Gambar-gambar itu menunjukkan beliau memperaga tudung dan jubah koleksi Kemenangan Syawal dari Creacion dan tudung terbaharu dari Galeri Ariani sempena Aidilfitri tahun ini.

Pasangan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Siti dikurniakan anak perempuan pertama pada Mac lalu dengan berat bayi 3.55 kg.

Walaupun proses kelahiran adalah secara pembedahan namun tidak menghalang beliau menjaga badan.

Berat badannya susut sebanyak 14 kg selepas 17 hari melahirkan Aafiyah dan turun kepada 17.87 kg pada hari ke-36.

Jelas Siti, ia disebabkan faktor dia sering berjaga selain Aafiyah menyusu badan turut berterima kasih kepada anaknya kerana menolongnya mengurangkan berat badan.

Menurut laporan akhbar, berat Siti sebelum melahirkan Aafiyah adalah lebih 80kg dan dalam usaha mendapatkan badan yang ideal dengan dirinya iaitu sebanyak 62 kg.