Saya sedia kerjasama dengan SPRM, kata Musa Aman

Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan agensi itu.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh peguam beliau Zahir Shah hari ini, Musa berkata, beliau mengalu-alukan SPRM untuk menggelidah kediamannya.

Rabu lepas, media melaporkan pegawai SPRM membuat serbuan ke kediaman Musa, tetapi gagal memasukinya kerana tiada orang berada di rumah.