Kadar parkir stesen MRT lebih rendah bermula esok

Menurut kenyataan MRT Corp kadar baru ini mencerminkan penurunan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus.

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) yang mengendalikan kemudahan Park and Ride di sepanjang Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) akan menurunkan kadar parkir bermula esok (1 Jun).

Mulai 1 Jun, bayaran parkir di Kemudahan Park and Ride bagi pengguna MRT adalah RM4 bagi setiap kemasukan sehari berbanding RM4.30 sebelum ini manakala caj bagi motosikal ialah RM1.00 bagi kemasukan sehari berbanding RM1.10 sebelum ini.

Menurut kenyataan MRT Corp di sini hari ini kadar baru ini mencerminkan penurunan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus.

“Kemudahan Park and Ride dikendalikan oleh MRT Corp adalah di Sungai Buloh, Phileo Damansara, Maluri, Taman Midah, Taman Suntex, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukung dan Sungai Jernih.”

Bagi pengguna yang menggunakan kemudahan parkir tetapi tidak menggunakan MRT akan dikenakan kadar parkir berbeza bergantung kepada lokasi kemudahan Park and Ride yang digunakan

Menurut kenyataan itu lagi kemudahan parkir lain di sepanjang Laluan SBK seperti di kwasan Damansara, Sentral, Bandar Utama, Pusat Bandar Damansara dan Kajang dikendalikan pihak luar.

MRT Corp bertemu pengendali berkenaan dan menasihat mereka agar menyemak semula kadar parkir untuk mencerminkan kadar baru GST.

Bagaimanapun, terpulang kepada pengendali untuk melaksanakan sebarang perubahan pada kadar parkir.