Irwan Serigar lepas jawatan pengerusi LHDN

Irwan Serigar Abdullah meletak jawatan sebagai pengerusi LHDN berkuat kuasa 23 Mei lalu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkuat kuasa 23 Mei lalu.

Sehubungan itu, kekosongan berkenaan akan diisi ketua setiausaha perbendaharaan baharu yang akan dilantik kemudian seperti termaktub di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995, kata LHDN dalam satu kenyataan hari ini.