Nik Nazmi: Jangan mengundang padah kerana reformasi

Pemimpin Pemuda PKR menggesa PH berhati-hati dan menyeru ketertiban dalam mendesak reformasi.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan perlu berhati-hati dan bijak dalamn usaha melaksanakan reformasi bagi meminimumkan tindak balas negatif daripada orang Melayu, kata Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pakatan Harapan should be cautious and smart in its efforts to carry out reforms to minimise blacklash from the Malays, says the PKR Youth leader Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau di Twitter semalam berkata “kaum, agama dan raja-raja akan digunakan untuk memecah-belahkan kerajaan dan rakyat.”

Isu seperti itu akan digunakan sebagai perenggang, yang akan memberi ruang kepada menterbalikkan gerakan perubahan yang menyebabkan Barisan Nasional hilang kuasa.

Kata-kata Nik Nazmi ini menyusuli kontroversi tentang satu artikel blog yang ditulis bekas pengarang Datuk A Kadir Jasin tentang raja-raja Melayu dan kebimbangan Sultan Selangor tentang rakyat dihasut untuk membenci istana.

Nik Nazmi berkata keterbukaan dan ketelusan boleh seiring dengan ketertiban.

Kelajuan reformasi boleh dibuat secara lebih beransur-ansur dan tidak patut diangggap sebagai satu kekalahan atau “pengkhianatan” jika munasabah.

“Reformasi beransur-ansur juga tidak bermakna kita bertolak ansur dengan perkauman atau prejudis,” dan berkata tidak semua yang tidak bersetuju dengan kerajaan adalah reaksionis berfikiran sempit atau pelampau agama.

“Kita jangan terlibat dalam perkelahian kecil, tidak penting atau terlalu rumit,” katanya.

Beliau mengingatkan Pakatan Harapan dipilih untuk “memulihkan Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia dan Rukun Negara, secara tersurat dan tersirat, dan semua mesti berpandukan kepda prinsip-prinsip asas itu.”

Rakyat yang mahukan perubahan mesti sedar ada banyak usaha yang perlu dilakukan untuk menjaga kelangsungan demokrasi di Malaysia.

“Kerajaan mesti meredakan kebimbangan semua rakyat, serta mengangkat martabat dan kedudukan ekonomi mereka,” katanya.

Perpaduan dalam gabungan pemerintah amat diperlukan.