‘Pick-up line’ Raya yang kelakar tapi luah perasaan hati

Musim cuti Raya yang panjang dihabiskan bersama sanak-saudara dan kaum keluarga di kampung. Pasti bermacam-macam memori indah untuk dikenangkan.

Daripada sanak saudara yang pernah sama-sama jatuh hati, jiran kampung yang pernah luahkan niat dan perasaan hinggalah kawan lama di kampung yang berusaha kembalikan persahabatan lama, macam-macam kenangan indah bakal mewarnai perayaan ini.

Ada yang menanti balik kampung untuk bertemu geng lama atau cinta yang masih tak kesampaian.

Kepada mereka yang sedang mencuba, FMT Ohsem temui beberapa “pick-up line” yang sesuai digunakan pada musim Raya.

Bukan sahaja kepada mereka yang mencari cinta, malah mereka yang akan berpisah untuk sementara waktu dengan cinta hati kerana pulang ke kampung halaman boleh juga guna “pick-up line” ini untuk meluahkan perasaan hati.

Apapun ingat, “pick-up line” ini hanya untuk mereka yang masih bujang, yang dah berpunya, bertunang, berkahwin, anda boleh skip artikel ini kecuali untuk tujuan baca-baca sahaja!

Di bawah disenaraikan beberapa “pick-up line” yang tengah “hot” di laman sosial:

1. Bila dia minta duit Raya

“Abang, raya tahun ini jangan lupa bagi duit Raya”
“Duit raya untuk budak-budak, untuk you i bagi duit hantaran selepas Raya”
(merah pipi, tersipu malu)

2. Pick-up rendang Ayam

“You want chicken rendang?”
“Because i think A yam (I am) the one you want.”

3. Sambil nasihat sambil berniat

“Raya-raya ni awak jangan main mercun tau”
“Sebab putus jari nanti susah saya nak sarung cincin”

4. Tak nak rumah terbuka, nak hati yang terbuka

“Daripada awak buat rumah terbuka untuk Raya, baik awak buka hati untuk saya”

5. Bila dia tanya mana nak beraya

“Awak nak Raya kat mana tahun ini?”
“Hmmm… tu lah tengah fikir lagi…”
“Kenapa?”
“Tak tahu nak Raya rumah awak ke rumah saya….”

6. Makan dengan apa, dengan saya lah!

“Abang, lemang ni sedap makan dengan apa?”
“Makan dengan abanglah… meh sini, meh..”

7. Ini paling sweet

“Awak ni sama macam dodol”
“Kenapa pulak?”
“Sebab saya suka kacau awak…”

8. Pokemon boleh guna

“Mak kata daripada cari pokemon, lebih baik cari jodoh.”
“Mak nak timang cucu bukannya pikachu.”

9. Hati-hati dengan hati saya

“Awak balik raya hati-hati ye.”
“Nanti lepas raya jangan lupa balik ke hati saya”

10. Ini paling win!

“Nak belajar anyam ketupat tak?”
“Tak naklah….”
“Takut bila tangan kita tersentuh teranyam pula rasa cinta”

Bonus

1.Kirim salam

“Balik kampung nanti, kirim salam kat mak. Mana tau tahun depan mak naik pangkat jadi mak mertua saya…”

2. Jangan main-main

“Kalau nak main mercun Raya ni takpe lagi, cuma janganlah mainkan hati dan perasaan saya ini…”

3. Makanan habis pun ada “pick-up line”

“Kenapa lambat sangat ni, nasi dengan lauk dah habis.. ”
“Takpe yang penting kasih sayang you terhadap I tak habis-habis…”

4. Bila kawan kata rindu

“You bila nak balik kampung, rindu nak jumpa kawan lama….”
“I kan hari-hari balik ke pangkal hati you, tak payah tunggu raya…”

5. Cakap pasal warna baju Raya

“Tahun ini baju raya you warna apa?”
“Saya tunggu awak belikan baju raya yang sedondon dengan warna baju awak, barulah kita satu family.”