Pekerja berumur boleh dilatih semula, kata majikan

Shamsuddin Bardan.

PETALING JAYA: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata ada keperluab untuk melatug semula pekerja berusia 60 ke atas, terutama menghadapi kemajuan teknologi memuncul iaitu revolusi industri 4.0 (4IR).

Pengarah Eksekutif Shamsuddin Bardan berkata melatih semula pekerja ini akan membolehkan mereka terus bekerja.

“Mereka mungkin ambil lebih masa untum menguasai teknologi baru tetapi akan sentiasa ada orang yang boleh dilatih.

“Dari segi kemahiran dan sikap, saya rasa pekerja dari kategori ini tiada masalah kerana kebanyakkan mereka berdedikasi,” katanya.

Shamsuddin berkata kerajaan patut memberi ganjaran kepada majikan yang mengekalkan pekerja berusia 60 tahun, kerana langkah itu juga membantu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

“Orang yang bekerja rasa lebih berdaya dan ini boleh merancakkan ekonomi tempatan kerena mereka tidak berbelanja di luar negara tetapi di sini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih tempat kerja Myocho Kan berkata tidak betul pekerja berumur susah dilatih semua.

“Saya ada melatih golongan berumur juga dan adakala mereks boleh menerima sesuatu perkata lebih baik daripada generasi muda, jika serasi dan sebulu,” katanya.

Beliau berkata 4IR bukan perkara yang perlu dibimbangkan.

“Sama saja. Jika pelajar mudah menerima teknologi atau kemahiran, jadi mudahlah ia.”

Beliau berkata ada dalam pembelajaran ada faktor lain yang lebih penting daripada umur.

“Salah satunya masa. Jika anda boleh laburkan masa ke atas mereka, mereka boleh belajar dengan lebih baik.

“Satu lagi ialah jurulatih itu sendiri. Jika dia tahu bagaimana menyediakan latihan dalam bentuk yang mudah, ringkas dan menarik, ia akan mudahkan para pelajar.”

Tahun lepas menteri kesihatan ketika itu, S Subramaniam berkata kira-kira 500,00 rakyat akan berusia lebih 90 tahun pada 2050, jadi timbul persoalan sama ada mereka perlu berhenti bekerja.

“Jika kita kekalkan umur persaraan sekarang iaitu 60 tahun, orang muda mungkin tidak dapat menyara generasi tua.”