Pemilihan Umno 2018 ibu segala demokrasi, kata Zahid

KUALA LUMPUR: Pemangu Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambarkan pemilihan parti yang selesai hari ini sebagai “ibu segala demokrasi”, walaupun parti terpaksa menangguhkan sidang media yang sepatutnya mengumumkan barisan pimpinan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

“Ini memaparkan Umno kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif yang membolehkan lebih 165,000 perwakilan membuat pilihan,” katanya di Facebook.

“Inilah pembaharuan Umno sekarang. Inilah langkah pertama menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air.”

Beliau turut memuatnaik grafik beliau bersama bekas timbalan menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Zahida Zarik Khan, yang berkemungkinan besar memenangi persaingan untuk jawatan ketua Pemuda dan Puteri, serta Datuk Noraini Ahmad, yang bersaing rapat dengan Datuk Azizah Mohd Dun untuk jawatan ketua Wanita.

Keputusan rasmi yang sepatutnya diumumkan 5.00 petang tadi ditangguhkan kerana 25 bahagian belum memuktamadkan mesyuarat perwakilan.

Papagomo, pendaki Everest menang exco Pemuda Umno

Wan Muhammad Azri Wan Deris atau terkenal dengan nama Papagomo dan pendaki termuda Gunung Everest dari Asia Tenggara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin memenangi pemilihan jawatan exco Pemuda Umno bagi penggal 2018-2021.

Mereka antara 20 calon terpilih daripada 183 yang layak bertanding.

Sementara itu, Mohd Hafeez Che Mat terpilih sebagai pengerusi exco manakala Mohd Fazli Zikiri terpilih sebagai timbalannya.

Pada pemilihan Umno kali ini, sebanyak 191 bahagian layak mengundi.

Dalam sesi pemilihan Umno kali ini, sebanyak 191 bahagian layak mengundi.

Berikut adalah barisan Exco Pemuda Umno 2018-2021:

  1. Hasmuni Hassan
  2. Azril Rizal Yusof Mohd Sarit
  3. Lassim Burhan
  4. Muhammad Faiz Hashim
  5. Ikmal Hazlan Ikmal Hashim
  6. Afriz Mohd Noor
  7. Rizan Aziz
  8. Mohamad Amin Othman
  9. Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin
  10. Mustafa Shah Abdul Hamid
  11. Najmil Faiz Mohamed Aris
  12. Rais Yasin
  13. Mohd Adha Zainal Aznam
  14. Syed Atif Syed Abu Bakar
  15. Mohamad Faizal Sufar
  16. Wan Muhammad Azri Wan Deris
  17. Mohamad Fazly Zainudin
  18. Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
  19. Andi Muhammad Suryady Bandy
  20. Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi