Bekas pegawai khas Najib direman 7 hari

Suspek berkhidmat bekerja dengan Najib Razak sejak 2009 dan meletakkan jawatan pada 5 Jun lalu.

PUTRAJAYA: Bekas pegawai khas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak direman 7 hari bermula hari ini

Perintah tahanan reman terhadap “Datuk” itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini sehingga 1 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 9.15 pagi berpakaian lokap SPRM berwarna oren dengan tangan bergari.

Sebelum ini, lelaki berumur 42 tahun itu dipanggil untuk diambil keterangan sebelum ditahan kira-kira 9.45 malam di ibu pejabat SPRM semalam.

Beliau pernah berkhidmat di Bank Negara sebelum bekerja dengan Najib sejak 2009. Beliau meletakkan jawatan pada 5 Jun lepas.