Bekas senator dari Labuan, Yunus Kurus, meninggal dunia

Datuk Yunus memegang jawatan senator selama 2 penggal iaitu pada pelantikannya pada 2011.

LABUAN: Bekas senator Labuan Datuk Yunus Kurus, 71, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini (Rabu).

Pemimpin veteran Umno Labuan itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 9.45 pagi berikutan komplikasi jantung.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Dayang Pungut Abdul Jalil dan 4 orang anak.

Allahyarham Yunus memegang jawatan senator selama 2 penggal iaitu pada pelantikannya pada 2011.

Allahyarham juga memegang jawatan pemangku ketua Umno Labuan dan pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Jenazahnya akan diterbangkan ke Labuan dan dijangka dikebumikan hari ini.