1MDB pecat Arul Kanda 2 hari sebelum kontrak tamat

Kontrak Arul Kanda Kandasamy sepatutnya tamat esok. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1MDB memecat Arul Kanda Kandasamy daripada jawatan presiden dan ketua pegawai eksekutif, berkuat kuasa semalam.

Keputusan itu dipercayai dibuat dalam satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 25 Jun lalu.

Arul Kanda dilantik pada Januari 2015 untuk mengubah nasib 1MDB yang berdepan masalah kewangan ketika itu.

Beliau pernah mengetuai bahagian pelaburan Bank Perdagangan Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu sebelum pulang ke Malaysia pada kemuncak krisis kewangan yang melanda 1MDB pada 2014.

Kontraknya selama 3 tahun dilanjutkan 6 bulan bermula 1 Januari lalu dan sepatutnya tamat esok.