Zahid: Umno, PAS bincang siapa jadi ketua pembangkang
Presiden Umno itu berkata, perbincangan itu akan diadakan sebelum Dewan Rakyat mula bersidang pada 16 Julai ini.
KUALA LUMPUR: Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berbincang dengan PAS serta beberapa ahli Parlimen lain mengenai kedudukan ketua pembangkang di Dewan Rakyat.
“Kebiasaannya, mana-mana pemimpin pembangkang harus dilantik dari mereka yang dipilih sebagai parti presiden dan dalam hal ini saya akan bincang dengan PAS.
“…kita akan berbincang sebelum sesi bermula 16 Julai depan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno, hari ini.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau sudah berbincang dengan bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai peranannya selepas tewas dalam pertarungan jawatan presiden semalam.
“Namun, kita tidak pernah bincang siapa yang akan jadi ketua pembangkang kerana itu adalah hak ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk dibincangkan.”
Katanya, Umno tidak akan berbincang dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memilih untuk menjadi ahli Parlimen bebas.
“Namun, kita alu-alukan sesiapa sahaja yang mahu sertai pembangkang.”
Mengenai keputusan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin meninggalkan Umno, Zahid berkata, wakil rakyat perlu memikirkan keputusan keluar parti dengan mendalam kerana mereka bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).
“Kita menjadi adun atau ahli Parlimen berdasarkan sokongan rakyat yang kita wakili dan bertanding atas tiket parti, seharusnya sebarang keputusan harus lihat rakyat dan parti.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Saya akan menjaga jemaah saya, tetapi kalau ada makmum yang keluar jemaah, maka mereka tentunya harus memikirkan keputusan sewajarnya tidak dibuat berdasarkan pertimbangan peribadi.”