Jeffrey yakin Musa Aman akan pulang angkat sumpah Adun

Jeffrey Kitingan berkata khabar angin mengatakan Musa Aman akan hilang kerusi Sungai Sibuga hanyalah spekulasi.

KOTA KINABALU: percaya bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan pulang ke negeri itu untuk mengangkat sumpah sebagai Adun.

Jelasnya, pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu masih mempunyai masa untuk mengangkat sumpah sebagai adun Sungai Sibuga memandangkan tempoh 120 hari daripada tarikh pembuangan undi (9 Mei) untuk berbuat demikian akan hanya berakhir pada bulan depan.

“Khabar angin mengatakan Tan Sri (Musa) akan hilang kerusi Sungai Sibuga (jika tidak pulang untuk mengangkat sumpah sebagai Adun) hanyalah spekulasi,” katanya kepada pemberita di luar persidangan DUN hari ini.

Seorang wakil rakyat akan hilang kerusinya (di DUN) jika tidak mengangkat sumpah dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembuangan undi atau gagal menghadiri 3 sidang DUN tanpa sebab.

Musa tidak berada di Sabah sejak 14 Mei dan kini berada di United Kingdom untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Jeffrey turut menyatakan beliau dipilih oleh ahli Gabungan Bersatu Sabah, termasuk wakil rakyat dari BN, untuk menjadi ketua pembangkang sementara Musa masih di luar negara ketika persidangan DUN itu.

Polis serah notis merah kepada Interpol, kesan Musa Aman

Musa Aman: Saya bukan pelarian, saya berubat di UK