Hari ketiga, kelibat Riza Aziz muncul lagi di SPRM hari ini

Riza mula disoal SPRM sejak Selasa setelah muncul pertama kali di khalayak ramai di Malaysia, selepas namanya disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pada 2016 berhubung siasatan ke atas 1MDB. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Selepas 2 hari memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaypsia (SPRM) anak tiri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz muncul lagi hari ini untuk disoal siasat.

Kelibat Riza muncul di Ibu Pejabat SPRM pada 11.10 pagi tadi bersama peguam, K Kumaraendran menaiki kenderaan jenis Audi.

Riza mula disoal SPRM sejak Selasa setelah muncul pertama kali di khalayak ramai di Malaysia, selepas namanya disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pada 2016 berhubung siasatan ke atas 1MDB.

Penerbit filem Hollywood itu memberi keterangan bagi membantu siasatan kes 1MDB.

Sehingga jam 9 malam tadi Riza memberi kepada SPRM hampir 15 jam bermula sejak jam 1.30 petang pada Selasa.

Pada Selasa Riza memberi keterangan selama 9 jam dan semalam hampir 6 jam.

Keterangan Riza diambil hampir sebulan selepas ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Najib disoal SPRM dalam siasatan dakwaan rasuah terhadap syarikat milik kerajaan itu.

Pihak media hari ini hanya dibenarkan menunggu di luar pagar bangunan SPRM tidak seperti 2 hari sebelumnya media dibenarkan menunggu di dalam.

“Media tidak dibenarkan masuk, memandangkan hari ini ada majlis rumah terbuka Aidilfitri SPRM,” kata seorang pegawai keselamatan SPRM.

 

Riza Aziz selesai beri keterangan kali ke-2 selepas 6 jam disoal SPRM