Pengebom bunuh diri wanita trend terkini militan IS

Fuzi Harun berkata polis akan melakukan analisis berhubung punca penglibatan wanita dalam kumpulan pengganas IS.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tindakan merekrut golongan wanita menjadi trend terkini kumpulan militan IS.

Katanya, penglibatan wanita dalam kumpulan itu dipergunakan sebagai pengebom bunuh diri semakin berleluasa berikutan bilangan wanita yang dilaporkan terlibat semakin meningkat.

“Setakat tahun 2013 hingga kini sebanyak 414 kes IS telah dilaporkan.

“Kira-kira 106 wanita warga asing terlibat dan seramai 43 orang wanita Malaysia termasuk 5 kanak-kanak juga direkrut kumpulan itu,” katanya semasa sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Fuzi berkata, polis akan berusaha melakukan analisis berhubung punca penglibatan wanita dalam kumpulan pengganas itu.

“Kena cari juga sebab-sebab wanita dipergunakan dalam kes militan dan ia turut melibatkan kanak-kanak dalam perkara ini,” jelasnya.

Sokong IS, hukuman penjara bekas penjaga zoo kekal 10 tahun