143 mati dalam tahanan dalam tempoh 10 tahun lepas

KUALA LUMPUR: Sejak 2008, 143 orang mati dalam tahanan polis, kata kementerian kepada Dewan Rakyat hari ini.

Menurut data, majoriti yang meninggal dunia berketurunan Melayu (55), Cina (28), India (35), lain-lain (3) dan warga asing (22).

Kementerian Dalam Negeri menjawab pertanyaan Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) yang mahu tahu jumlah keseluruhan kematian sejak 2008 mengikut pecahan kaum dan kerakyatan.

Beliau juga ingin tahu berapa ramai anggota polis yang didapati bersalah kerana kematian dalam tahanan, penjara dan pusat tahanan imigresen.

Kementerian berkata setakat ini 9 anggota polis sudah didakwa kerana kematian dalam tahanan.

Kementerian berkata kerajaan memandang serius isu itu dan akan terus mengambil langkah-langkah mengenang kejadian itu.

Antara kes berprofil tinggi tahun lepas ialah kes S Balamurugan yang meninggal dunia selepas dikatakan ditumbuk dan ditendang semasa dalam tahanan polis.

Polis dikatakan gagal mematuhi tatacara operasi standard semasa tangkapan dan penahanan Balamurugan di Klang.