HFMD: Satu lagi prasekolah ditutup di Seremban

Taburan kes HFMD mengikut daerah sepanjang 2018 ialah 1,300 kes dilaporkan di Seremban, Jempol (136 kes), Port Dickson (122 kes), Kuala Pilah (97 kes), Rembau (95 kes), Jelebu (55 kes) dan 48 kes di Tampin. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Sebuah lagi prasekolah di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A di sini ditutup kerana penularan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S Veerapan.

Beliau berkata ini menjadikan kesemua Taska, Tadika dan prasekolah yang masih ditutup di seluruh negeri adalah 5 (3 Tadika, 1 prasekolah dan 1 sekolah) dan semuanya terletak di Seremban.

“Hingga hari ini (3 Ogos), jumlah kes yang dilaporkan adalah 1,853 kes, berbanding hanya 591 kes untuk tempoh sama pada 2017 iaitu peningkatan hingga 214%,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata taburan kes HFMD mengikut daerah sepanjang 2018 ialah 1,300 kes dilaporkan di Seremban, Jempol (136 kes), Port Dickson (122 kes), Kuala Pilah (97 kes), Rembau (95 kes), Jelebu (55 kes) dan 48 kes di Tampin.

Katanya jumlah kes yang didaftarkan setakat ini pula adalah 255 iaitu 185 kes di Seremban, Port Dickson (29 kes), Kuala Pilah (17 kes), Rembau (10 kes), Jempol (7 kes) dan 7 kes di Jelebu.

 

Menteri: Pusat jagaan dikenakan tindakan jika HFMD meningkat

Kes HFMD meningkat 6.4% minggu lepas – KP Kesihatan

HFMD: Jangan abai jumpa doktor kerana rawatan tradisional