Amirudin tak tanding naib presiden kerana hormat ‘senior’

PETALING JAYA: Amirudin Shari memutuskan untuk tidak bertanding jawatan naib presiden bagi menghormati pimpinan kanan dalam PKR.

Beliau hari ini mengesahkan dia akan pertahan kerusi ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan 2018.

Beliau menyerahkan borang pencalonannya kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) di ibu pejabat PKR 3.30 petang tadi.

“Saya hormati beberapa senior seperti Zuraida Kamaruddin, Shamsul Iskandar, R Sivarasa, Dr Xavier Jayakumar dan Baru Bian.

“Beri peluang mereka bertanding, dan saya rasa lebih sesuai dengan tahap umur saya jika bertanding MPP,” katanya.

Beliau juga mahu fokus kepada tanggungjawabnya sebagai menteri besar Selangor.

Sebelum ini media melaporkan Amirudin berkemungkinan bertanding naib presiden.