Azmin lawan Rafizi pertahan timbalan presiden

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan dia akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR, keputusan yang akan menyebabkan dia menghadap kemaraan Rafizi Ramli.

Tanda tanya pergerakan menteri hal ehwal ekonomi itu akhirnya terjawab selepas borang pencalonannya diserahkan oleh Majli Pimpinan Pusat (MPP), Amirudin Shari pada 4.45 petang tadi di ibu pejabat PKR.

Azmin dilaporkan berada di berada di Singapura atas urusan rasmi.

Amirudin pada sidang media berkata keputusan Azmin bertanding jawatan timbalan presiden selepas berbincang dengan kepimpinan tertinggi, akar umbi, dan mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau berharap pertandingan kali ini mampu dilaksanakan secara baik, tenang, pemilih, anggota parti akan memilihan berdasarkan trak record, pencapaian, mengetengahkan pembangunan, berganding dengan Anwar,” katanya.

Pergerakan menteri itu menjadi perhatian kerana dia sama ada akan bertembung dengan Rafizi dalam pertandingan jawatan nombor 2, atau berebut jawatan presiden dengan Anwar.

Rafizi dan Anwar mengesahkan penyertaan pagi tadi.

Setakat ini hanya mereka menyerahkan borang pencalonan untuk 2 jawatan itu.